Pesan Kak Long

Hidup ni terlalu singkat untuk di sia-siakan. Hargai masa yang kita ada. Hargai insan-insan yang menyayangi kita supaya suatu hari nanti kita takkan menyesal.

Wednesday 1 March 2017

Mimpi

Berapa ramai antara kita yang akan terganggu emosi hanya disebabkan mimpi? Mimpi sering kali mempengaruhi emosi kita.
Pernah satu ketika Kak Long bermimpi ditinggalkan sendirian. Dihina, dicaci dan dimaki oleh insan yang sangat Kak Long sayangi dan cintai. Sehinggakan apabila Kak Long tersedar, airmata dah membasahi bantal Kak Long.

Sungguh terasa peritnya seakan ianya adalah realiti. Seakan perkara tu benar-benar terjadi sehingga Kak Long memaksa diri Kak Long supaya bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Apabila Kak Long bercerita dengan insan tersayang, katanya Kak Long terlalu ikutkan perasaan. Terlampau memikirkan mimpi tersebut sedangkan ianya hanya mainan tidur.

Tapi Kak Long juga ada sebab sendiri untuk mempersiapkan diri dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku. Peernah suatu ketika Kak Long bermimpi yang Kak Long bakal menerima musibah. Selang tak lama selepas tu, mimpi tu menjadi realiti. Bila dah dua tiga kali berlaku pastinya Kak Long akan persiapkan diri Kak Long.

Kalau korang kat tempat Kak Long pun, korang akan buat benda yang sama betul tak?

Kak Long tak tahu samada ianya sekadar kebetulan atau sememangnya amaran itu datang melalui mimpi. Tak ada siapa mampu bagi kepastian pada Kak Long.

Hari ni satu hari perasaan Kak Long tak tenang. Hanya kerana mimpi semalam. Mimpi yang meragut hampir keseluruh semangat Kak Long. Bahkan bukan sekali Kak Long bermimpikan perkara tersebut. Walaupun jalan cerita berlainan namun, kejadiannya tetap sama. Apa yang terjadi pada Kak Long tetap sama.

Semoga mimpi itu hanya mainan tidur semata-mata. Walau telah persiapkan diri dengan kemungkinan yang akan terjadi. Namun, Kak Long masih gusar kiranyan hati Kak Long tak kuat untuk berdepan dengan situasi tersebut.

Apa pun, jangan lupa istifar kiranya mendapat mimpi buruk.

Sekian saja coretan Kak Long buat masa ini. Moga bertemu lagi.

Monday 27 February 2017

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Salam perkenalan buat semua pembaca blog kak long. Kak Long tak pandai mengenai blog ni tapi kerana kerinduan kak long untuk menulis, Kak Long jadikan blog ni sebagai platform Kak Long menulis semula.

Siapa Kak Long?

Kak Long bukanlah sesiapa pun. Hanya orang kebanyakkan. Bukan juga seorang yang dikenali. Namun, Kak Long mempunyai minat yang mendalam dalam penulisan meski tak pernah digelar penulis.

Semoga setiap entri Kak Long memberi manfaat kepada semua.